Monday, 4 September 2017

Kekuatan dan Kelemahan Peta Minda


Peta minda 

Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.
     Penggunaan peta minda dalam keadah pembelajaran sangat memberi  impak positif untuk meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini mampu membantu pelajar untuk meningkatkan daya kreatif mereka dalam berfikir dan keupayaan belajar untuk menguatkan ingatan dalam menyimpan maklumat. Selain itu, kaedah ini sebenarnya menjadikan otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.



Kelebihan peta minda
Peta minda bukan sesuatu yang baru wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu pembelajaran pelajar. Para guru juga telah memperkenalkan  kepada pelajar-pelajar ketika di sekolah rendah bagi tahap meningkatkan perkembangan minda para pelajar. Antara kelebihan peta minda ini ialah:-
  1. meningkatkan kreativiti pelajar ialah dengan menggalakan pelajar untuk menghasilkan peta minda. Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik.
  2. mencatat nota dengan mudah. Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. 
  3. membolehkan pelajar mengingat kembali maklumat yang telah dicatat. Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
  4. untuk pembentangan. Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.
  5. untuk penyelesaian masalah. Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang profesional atau peribadi peta minda sebenarnya membantu individu untuk mengenal.
Kelemahan peta minda
Peta minda juga mempunyai kelemahan dalam pembelajaran kepada pelajar. Antaranya kelemahan -peta minda ialah:-
  1. maklumat yang dinyatakan dalam peta minda tersebut terlalu padat sehingga menyebabkan pelajar terpaksa memberi perhatian yang penuh.
  2. mengambil masa yang agak lama untuk menghadamkan setiap maklumat yang wujud dalam peta minda tersebut.
Penutup
     Kesimpulannya, amat jelas sekali bahawa penggunaan peta minda dalam pembelajaran adalah sangat membantu kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka. Peta minda juga kini bukan sesuatu yang baru kepada masyarakat. Ini kerana peta minda digunakan oleh pelbagai golongan seperti pelajar, pendidik, peniaga, jurutera dan lain-lain di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Singapura, China, Vietnam, Korea, Japan, England, Ireland, Hong Kong, Mexico, Algeria, Thailand, Indonesia, India, Afrika, Australia, Filipina, Arab Saudi, Bahrain dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment